Perkara 20 masih releven?


Tuntut Perkara 20Kita hairan dengan pemikiran segelintir orang Sabah ini. Mereka terlalu taksub berpegang dengan cakap orang yang mereka hormati sehingga mereka tidak sedar bahawa mereka sedang di peralatkan – masih juga mereka gembira memberi sokongan – kesian betul ….

Memorendum Perkara 20 ialah satu Memorendum bukannya satu Perjanjian. Memorendum Perkara 20 satu persetujuan yang di capai oleh 5 buah Parti Politik dari Sabah bukannya suara rakyat Sabah. Jelas dan nyata Perkara 7 daripada Memorendum Perkara 20 tidak membenarkan Sabah berpisah daripada Persekutuan.

Manakala Perjanjian Malaysia 1963 adalah Perjanjian Antarabangsa yang tidak boleh di ubah oleh Parliament Malaysia sekalipun.

Jelas dan nyata Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan atau IGC Report tiada menyebut Sabah tidak boleh berpisah daripada Persekutuan.

Jelas dan nyata Perjanjian Malaysia 1963 tiada menyebut Sabah tidak boleh berpisah daripada Persekutuan.

Jelas dan nyata Perlembagaan Malaysia tiada menyebut Sabah tidak boleh berpisah daripada Persekutuan.

Jadi kenapa masih terdapat segelintir Rakyat Sabah masih keras kepala mahu menuntut supaya Memorendum Perkara 20 di laksanakan ???

Masih juga tidak Nampak Muslihat Malaya ??

Apa sebenarnya tujuan seGelintir Rakyat Sabah ini ???

Sedar atau tidak sedar bukankah mereka mengangkat Muslihat Malaya ??

Kita menyeru kepada Rakyat Sabah supaya memahami apa dia Menghormati Perjanjian Malaysia 1963.

Namun ada juga daripada seGelintir Rakyat Sabah masih ini mahu supaya perjuangan kami berbunyi Menghormati ASAS Perjanjian Malaysia 1963

SeGelintir Rakyat Sabah ini masih mahu menuntut Perkara 20 kerana ASAS bererti Perkara 20.

Ini yang dinamakan Malaya menggunakan rakyat Sabah untuk menipu Rakyat Sabah sendiri – kesian ….

Jangan Buyuk Sabah ……. Bah !!!